Menurut Encik Zuha, beliau mula tertarik untuk mempelajari permainan muzik cempuling ini setelah mencuba beberapa lagu permainan muzik tradisional yang lain yang terdapt di kampungnya seperti Ghazal, Kumpulan Joget Lambak dan lain-lain. Akhirnya beliau memilih untuk bermain Cempoling kerana beliau mendapati bahawa muzik ini banyak membawa menfaat kepada masyarakat kerana dendangan lagu-lagunya yang sentiasa ingat-mengingati di antara satu sama lain. Jadi setelah mempelajari secara asas daripada datuknya, beliau telah menuntut ilmu cempoling ini daripada Tuan Haji Ehsan Bin Kasman. Beliau telah mempelajari cara mengendalikan enteng-enteng dengan sempurna daripada guru beliau ini, kerana enteng-enteng nadi kepada permainan Cempoling. Jadi seseorang yang ingin mahir bermain muzik cempuling ini seharusnya mahir bermian dengan alatan 'enteng-enteng' ini. Kemudian beliau melanjutkan lagi perguruan Cempoling ini dengan berguru kepada Tuan Haji Shafie Bin Haji Sulaiman. Di sinilah bermulanya keaktifan Encik Zuha memperkembangkan kesenian Cempoling ini di Kampung Bukit Kapar.
pada tahun 1930, seni cempuling mula bertapak di Klang, Selangor Darul Ehsan. Tuan Haji Ikhsan [Kasban] dipercayai sebagai pelopor permainan seni cempoling Bukit Kapar, sehingga tahun 60an. pada tahun 1960, terdapat tiga kumpulan seni cempuling yang aktif di kampung bukit kapar iaitu di kawasan lapis 7 Bukit Kapar di bawah pimpinan Haji Kasban,sementara di kawasan kauman Masjid Bukit Kapar di bawah pimpinan Haji Shafie Sulaiman dan yang ketiga iailah di bawah kelolaan HAji Jaafar di kawasan Paya Barat Bukit Kapar.
Kumpulan Seni Cempoling di Bukit Kapar pada tahun 1970 hampir pupus disebabkan kebanyakkan ahlinya telah berpindah ke daerah lain dan negeri untuk mencari 'Sandang Pangan'. Ada diantara yang berpindah itu telah menubuhkan kumpulan Cempoling baru daerah masing-masing seperti di Kampung Endah, Sungai Kelambu, Sungai Lang, Kanchung di daerah Sungai Langat. Kesedaran mula timbul dikalangan ahli-ahli muzik Cempoling di Bukit Kapar, bimbang akan berlaku kepupusan permainan Cempoling ini, muka aktiviti Seni Cempoling ini telah bersatu menghidupkan semula kumpulan Seni Cempoling walaupun terdapat beberapa kerumitan untuk mendapat ahli baru pada peringkat awalnya. Ini adalah kerana permianan ini tidak begitu popular di kalangan golongan remaja.
Pada tahun 1985 Kumpulan Seni Cempoling Era BAru di bawah pimpinan Encik Mustakim Abdullah mula bergiat namun begitu pada tahun 2005 Seni Cempuling Warisan Era BAru telah diwujudkan bagi menggantikan para ahli yang telah meniggal dunia dan setengahnya yang uzur. Ia dipimpin oleh Encik Zuha Bin Shuhadi, Seni Cempoling Warisan Era BAru menuju kearah kemodenan dari segi ahli yang terdiri daripada remaja hingga kanak-kanak sehingga berumur 10 tahun persembahan, pakaian, senikata lagu (yang diubah senikatanya di dalam bahasa melayu) tanpa membuang unsur-unsur tradisionalnya. Tahun 2000 sehingga sekarang ini Seni Cempoling Warisan Era Baru Bukit Kapar ini telah menjadi satu kumpulan yang aktif di daerah, negeri, negara dan pernah membuat persembahan di luar negara seperti Medan sewaktu rancangan pertukaran budaya anjuran Gendang Nusantara Ke-2 di Melaka pada tahun 1997 dan persembahan sempena Seminar Kebangsaan Teater Rakyat di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1996. Selain memimpin kumpulan Seni Cempoling Warisan Era Baru, Encik Zuha juga turut memimpin kumpulan muzik Cempoling Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar yang dianggotai murid-murid tahun 4 dan 5 di sekolah tersebut. Ia telah menjadikan kumpulan yang berorganisasi dan lebih tersusun di bawah naungan Dato' Haji Abu Sujak Bin Mahmud. Sekarang didapati lebih daripada 20 kumpulan Cempoling di sekitar Selangor. Ini menunjukkan satu petanda baik di dalam kita menghadapi zaman melinium seni tradisional ini tidak kite pinggirkan.
Khamis, 24 Mei 2012
Sejarah Muzik
Menurut Encik Zuha Shuhadi iaitu Ketua Kumpulan Cempuling Warisan Era Baru, Cempuling telah dipelajari secara 'Basic' daripada datuknya yang berasal dari Jawa iaitu Saparman Bin Bangsawikram Bin Jayalaksana, cempuling ini sebenarnya berasal dari Jelegri Jawa Tengah asal sebenarnya nama cempuling adalah 'Jamjanin' iaitu sempena nama dua orang kiayi (orang alim) di Tanah Jawa. Mereka inilah yang mempelupuri kesenian cempuling.
Tujuan asal permainan cempoling atau jamjanin ialah menarik minat mesyarakat setempat kepada Agama Islam sewaktu Islam mula bertapak di Tanah Jawa yang sememangnya terkenal dengan agama dan kebudayaan Hindu. Setelah penerapan agama Islam yang dijalankan secara lisan tidak begitu membuahkan hasil atau pun tidak dapat menarik minat masyarakat di sana, maka usaha telah dibuat oleh kedua-dua kiyai ini iaitu Kiyai Zamzam dan Kiyai Kasnin yang juga merupakan dua adik-beradik, ialah, mereka telah menggunakan unsur-unsur muzik di dalam menyampaikan dakwah mereka yang mengandungi kisah-kisah nabi dan ajaran islam. Kemudiannya muzik ini dibawa mengembara oleh sekumpulan pengembara untuk mencari "Sandang Pangan" iaitu menarik perhatian mesyarakat untuk beribadah kepada Allah.
Cempoling ini sampai ke Tanah Melayu, (cerita yang disampaikan daripada mulut ke mulut) bersama pengembara-pengembara secara berkumpulan sewaktu peperangan antara Jawa dan Belanda. Di percayai mereka hanya membawa (pada asalnya) sepasang enting-enting, bertujuan untuk menghiburkan hati sewaktu di perantauan. Lagu-lagu yang disampaikan oleh mereka pula mengandungi unsur-unsur nasihat dan peringatan kepada pendengarnya lagu-lagu yang dipercayai selalu didendangkan di dalam bentuk selawat, gurindam dan pantun-pantun yang memuji-muji Allah dan Rasul sebagai tanda kesyukuran dan nasihat kepada para pendengar agar dijadikan pedoman di dalam menjalankan hidup seharian mereka. Penyanyi pula pada asalnya adalah ramai iaitu semua ahli kumpulan tetapi sekarang telah di kurangkan menjadi seorang ke dua orang penyanyi sahaja. Ini adalah kerana untuk menyelaraskan nada dan alunannya tidak tersentap-sentap oleh pelbagai nada. Lagu-lagunya sudah pastinya dinyanyikan di dalam bahasa jawa halus.

Definisi Cempoling
Cempoling merupakan satu kumpulan alatan muzik yang hanya menggunakan pukulan untuk menghasilkan pelbagai rentak dan irama. Ia merupakan gabungan tiga suku kata iatu 'cem' yang bermaksud macam-macam. Macam-macam disini bermaksud alatan yang di main kan bermacam macam saiz dan bentuk. 'Pul' pula bermaksud berkumpulan. Cempoling ini bermain secara berkumpulan dan tidak bermain secara individu. 'Ling' adalah perkataan yang yang di ambil dari ELING-ELING yang bermaksud beringat-ingat. Perkataan eling adalah perkataan dari jawa halus. Apabila perkataan itu bersambung jadilah CEMPOLING dan bermaksud satu kumpulan yang saling ingat mengingati di dalam pelbagai hal yang bersangkutan dunia dan akhirat.
pengenalan
Cempuling ataupun cempoling adalah satu nama muzik yang sememangnya asing kepada kebanyakkan masyarakat di Malaysia tetapi tidak kepada masyarakat Jawa terutamanya yang masih mengamalkan sistem-sistem tradisi mereka. Cempoling ini sememangnya masih dikenali di dalam masyarakat Jawa khususnya di Kampung Bukit Kapar, Selangor yang mempunyai lebih kurang lima pasukan pemain Cempoling ini. Ia sekarang kerap dimainkan sewaktu kenduri kahwin, majlis-majlis rasmi dan sebagainya. Pemain muzik etnik Jawa ini lazimnya di mainkan secara berkumpulan yang mengadungi 6 hingga 12 orang ahli muzik termasuk penyanyi.
Cempoling sebenarnya adalah muzik yang memperdengarkan kepada kita lagu-lagu yang berunsurkan nasihat dan teladan buat panduan para pendengar. Alatan-alatan muzik yang digunakan ialah bergabung menjadi satu muzik yang gema bunyi yang berbeza antara satu sama lain dan alunan irama yang merdu.

Langgan:
Catatan (Atom)