Khamis, 24 Mei 2012

Sejarah Ringkas Perkembangan Seni Cempoling di Bukit Kapar

Menurut Encik Zuha, beliau mula tertarik untuk mempelajari permainan muzik cempuling ini setelah mencuba beberapa lagu permainan muzik tradisional yang lain yang terdapt di kampungnya seperti Ghazal, Kumpulan Joget Lambak dan lain-lain.  Akhirnya beliau memilih untuk bermain Cempoling kerana beliau mendapati bahawa muzik ini banyak membawa menfaat kepada masyarakat kerana dendangan lagu-lagunya yang sentiasa ingat-mengingati di antara satu sama lain.  Jadi setelah mempelajari secara asas daripada datuknya, beliau telah menuntut ilmu cempoling ini daripada Tuan Haji Ehsan  Bin Kasman.  Beliau telah mempelajari cara mengendalikan enteng-enteng dengan sempurna daripada guru beliau ini, kerana enteng-enteng nadi kepada permainan Cempoling.  Jadi seseorang yang ingin mahir bermain muzik cempuling ini seharusnya mahir bermian dengan alatan 'enteng-enteng' ini.  Kemudian beliau melanjutkan lagi perguruan Cempoling ini dengan berguru kepada Tuan Haji Shafie Bin Haji Sulaiman.  Di sinilah bermulanya keaktifan Encik Zuha memperkembangkan kesenian Cempoling ini di Kampung Bukit Kapar.

pada tahun 1930, seni cempuling mula bertapak di Klang, Selangor Darul Ehsan.  Tuan Haji Ikhsan [Kasban] dipercayai sebagai pelopor permainan seni cempoling Bukit Kapar, sehingga tahun 60an.  pada tahun 1960, terdapat tiga kumpulan seni cempuling yang aktif di kampung bukit kapar iaitu di kawasan lapis 7 Bukit Kapar di bawah pimpinan Haji Kasban,sementara di kawasan kauman Masjid Bukit Kapar di bawah pimpinan Haji Shafie Sulaiman dan yang ketiga iailah di bawah kelolaan HAji Jaafar di kawasan Paya Barat Bukit Kapar.

Kumpulan Seni Cempoling di Bukit Kapar pada tahun 1970 hampir pupus disebabkan kebanyakkan ahlinya telah berpindah ke daerah lain dan negeri untuk mencari 'Sandang Pangan'.  Ada diantara yang berpindah itu telah menubuhkan kumpulan Cempoling baru daerah masing-masing seperti di Kampung Endah, Sungai Kelambu, Sungai Lang, Kanchung di daerah Sungai Langat.  Kesedaran mula timbul dikalangan ahli-ahli muzik Cempoling di Bukit Kapar, bimbang akan berlaku kepupusan permainan Cempoling ini, muka aktiviti Seni Cempoling ini telah bersatu menghidupkan semula kumpulan Seni Cempoling walaupun terdapat beberapa kerumitan untuk mendapat ahli baru pada peringkat awalnya.  Ini adalah kerana permianan ini tidak begitu popular di kalangan golongan remaja.

Pada tahun 1985 Kumpulan Seni Cempoling Era BAru di bawah pimpinan Encik Mustakim Abdullah mula bergiat namun begitu pada tahun 2005 Seni Cempuling Warisan Era BAru telah diwujudkan bagi menggantikan para ahli yang telah meniggal dunia dan setengahnya yang uzur.  Ia dipimpin oleh Encik Zuha Bin Shuhadi, Seni Cempoling Warisan Era BAru menuju kearah kemodenan dari segi ahli yang terdiri daripada remaja hingga kanak-kanak sehingga berumur 10 tahun persembahan, pakaian, senikata lagu (yang diubah senikatanya di dalam bahasa melayu)  tanpa membuang unsur-unsur tradisionalnya. Tahun 2000 sehingga sekarang ini Seni Cempoling Warisan Era Baru Bukit Kapar ini telah menjadi satu kumpulan yang aktif di daerah, negeri, negara dan pernah membuat persembahan di luar negara seperti Medan sewaktu rancangan pertukaran budaya anjuran Gendang Nusantara Ke-2 di Melaka pada tahun 1997 dan persembahan sempena Seminar Kebangsaan Teater Rakyat di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1996.  Selain memimpin kumpulan Seni Cempoling Warisan Era Baru, Encik Zuha juga turut memimpin kumpulan muzik Cempoling Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar yang dianggotai murid-murid tahun 4 dan 5 di sekolah tersebut.  Ia telah menjadikan kumpulan yang berorganisasi dan lebih tersusun di bawah naungan Dato' Haji Abu Sujak Bin Mahmud.  Sekarang didapati lebih daripada 20 kumpulan Cempoling di sekitar Selangor.  Ini menunjukkan satu petanda baik di dalam kita menghadapi zaman melinium seni tradisional ini tidak kite pinggirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan