Menurut Encik Zuha Shuhadi iaitu Ketua Kumpulan Cempuling Warisan Era Baru, Cempuling telah dipelajari secara 'Basic' daripada datuknya yang berasal dari Jawa iaitu Saparman Bin Bangsawikram Bin Jayalaksana, cempuling ini sebenarnya berasal dari Jelegri Jawa Tengah asal sebenarnya nama cempuling adalah 'Jamjanin' iaitu sempena nama dua orang kiayi (orang alim) di Tanah Jawa. Mereka inilah yang mempelupuri kesenian cempuling.
Tujuan asal permainan cempoling atau jamjanin ialah menarik minat mesyarakat setempat kepada Agama Islam sewaktu Islam mula bertapak di Tanah Jawa yang sememangnya terkenal dengan agama dan kebudayaan Hindu. Setelah penerapan agama Islam yang dijalankan secara lisan tidak begitu membuahkan hasil atau pun tidak dapat menarik minat masyarakat di sana, maka usaha telah dibuat oleh kedua-dua kiyai ini iaitu Kiyai Zamzam dan Kiyai Kasnin yang juga merupakan dua adik-beradik, ialah, mereka telah menggunakan unsur-unsur muzik di dalam menyampaikan dakwah mereka yang mengandungi kisah-kisah nabi dan ajaran islam. Kemudiannya muzik ini dibawa mengembara oleh sekumpulan pengembara untuk mencari "Sandang Pangan" iaitu menarik perhatian mesyarakat untuk beribadah kepada Allah.
Cempoling ini sampai ke Tanah Melayu, (cerita yang disampaikan daripada mulut ke mulut) bersama pengembara-pengembara secara berkumpulan sewaktu peperangan antara Jawa dan Belanda. Di percayai mereka hanya membawa (pada asalnya) sepasang enting-enting, bertujuan untuk menghiburkan hati sewaktu di perantauan. Lagu-lagu yang disampaikan oleh mereka pula mengandungi unsur-unsur nasihat dan peringatan kepada pendengarnya lagu-lagu yang dipercayai selalu didendangkan di dalam bentuk selawat, gurindam dan pantun-pantun yang memuji-muji Allah dan Rasul sebagai tanda kesyukuran dan nasihat kepada para pendengar agar dijadikan pedoman di dalam menjalankan hidup seharian mereka. Penyanyi pula pada asalnya adalah ramai iaitu semua ahli kumpulan tetapi sekarang telah di kurangkan menjadi seorang ke dua orang penyanyi sahaja. Ini adalah kerana untuk menyelaraskan nada dan alunannya tidak tersentap-sentap oleh pelbagai nada. Lagu-lagunya sudah pastinya dinyanyikan di dalam bahasa jawa halus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan